
Article
Opbanjir Polis Johor Bantu Bersihkan Kawasan Pasca Banjir Di Kluang
Sumber: Polis Daerah Kluang
Sepasukan pegawai dan anggota polis yang diketuai oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, SAC Chuah Yong Huat dan Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh melakukan kerja-kerja pembersihan di Kampung Palembang Baru Kluang yang terjejas dengan banjir baru-baru ini.
Sumbangan berupa bakul makanan turut disampaikan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mereka.
Sumber: Polis Daerah Kluang