
Article
Opbanjir Polis Hulu Terengganu Hulur Bantuan Ringankan Beban
Dalam usaha meringankan beban mangsa banjir, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu terus mengatur gerak pengawai dan anggota ke kawasan yang terjejas...
Dalam usaha meringankan beban mangsa banjir, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu terus mengatur gerak pengawai dan anggota ke kawasan yang terjejas dalam bencana alam, minggu lalu.
Dengan kekuatan seramai dua pegawai dan 32 anggota dari IPD Hulu Terengganu serta Unit 5, Pasukan Simpanan Persekutuan telah ditugaskan membersihkan kawasan Masjid Kampung Menerong, Hulu Terengganu, Terengganu.
Operasi Pasca banjir tersebut turut dibantu oleh pasukan sahabat dari Angkatan Tentera Malaysia, ahli Kelab Motosikal Salam Taiping, Perak dan masyarakat setempat.