
Artikel
Opbanjir Pga Terus Bantu Santuni Mangsa Banjir
Fokus bantuan kini terutamanya di dalam kawasan Hulu Langat, Selangor merangkumi sumbangan kebajikan dan pembersihan rumah mangsa-mangsa terbabit.
Mangsa-mangsa banjir terus dibantu dan disantuni oleh warga Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA).
Fokus bantuan kini terutamanya di dalam kawasan Hulu Langat, Selangor merangkumi sumbangan kebajikan dan pembersihan rumah mangsa-mangsa terbabit.
Salah seorang mangsa bencana banjir di situ ialah pelawak dan pelakon tempatan, Encik Eby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid.
Dalam tugasan kebajikan tadi, seramai 11 pegawai dan anggota PGA ditugaskan membantu meringankan beban yang ditanggung rakan artis tersebut.





