
Article
Opbanjir Pga Bantu Salurkan Sumbangan Kebajikan Kepada Penduduk Hulu Langat
Sebanyak beberapa buah keluarga di kawasan Batu 14, Batu 20.5 dan Batu 23 Hulu Langat, Selangor telah dikunjungi oleh sepasukan pegawai dan anggota Briged Teng...
Polis Diraja Malaysia melalui Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini menyampaikan sumbangan badan kerajaan dan bukan kerajaan kepada penduduk di Hulu Langat, Selangor yang terkesan akibat banjir.
Sebanyak beberapa buah keluarga di kawasan Batu 14, Batu 20.5 dan Batu 23 Hulu Langat, Selangor telah dikunjungi oleh sepasukan pegawai dan anggota Briged Tengah, PGA selain memberi sokongan moral kepada mereka untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
Minggu lalu, beberapa buah badan kerajaan dan bukan kerajaan menyerahkan sumbangan kebajikan mereka kepada pihak polis untuk disalurkan kepada penduduk di kawasan terjejas teruk dan sukar dimasuki oleh kenderaan luar.





