
Article
Opbanjir Pengarah Jabatan Kdnka Iring Keberangkatan Yang Di Pertuan Agong Melawat Mangsa Banjir Di Shah Alam
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Hazani Ghazali pagi tadi mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda...
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Hazani Ghazali pagi tadi mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam Selangor.
Turut berangkat dalam lawatan itu ialah Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Berada di lokasi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan dan Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed.




