
Article
Opbanjir Pdrm Perluaskan Misi Bantuan Pasca Banjir Di Klang Dan Banting
Polis Kontinjen Selangor memperluaskan lagi misi bantuan pasca banjir di sekitar kawasan Klang dan Banting.
Polis Kontinjen Selangor memperluaskan lagi misi bantuan pasca banjir di sekitar kawasan Klang dan Banting.
Kerja-kerja mengagihkan sumbangan barangan keperluan termasuk makanan dan barangan kering kepada masyarakat setempat dilakukan dengan kerjasama daripada sukarelawan dari Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Sumbangan diagihkan kepada ratusan keluarga yang tinggal di sekitar Padang Jawa dan Taman Klang Perdana, Klang serta Kampung Teluk Panglima Garang, Banting dalam membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
Sumber: Polis Selangor