
Artikel
Opbanjir Pdrm Pahang Komited Bantu Mangsa Banjir Di Temerloh
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang tidak ketinggalan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Taman Perumahan Mentakab 2, Te...
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang tidak ketinggalan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Taman Perumahan Mentakab 2, Temerloh, Pahang.
Ia turut disertai oleh warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dengan melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman mangsa banjir yang terdiri daripada warga kerja IPD Temerloh termasuk balu polis yang tinggal di daerah berkenaan.
Hadir sama dalam aktiviti gotong-royong, Timbalan Menteri Dalam Negeri l, Dato’ Sri Dr. Hj. Ismail Hj. Mohamed Said, Ketua JSJ Pahang, SAC Tuan Mohd Yusri Othman dan Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Tuan Mohd Azhar Mohd Yusoff.
Sumber: Polis Pahang