
Artikel
Opbanjir Pdrm Gerak Pegawai Dan Anggota Di 10 Lokasi Seluruh Segamat
Segamat, 8 Januari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) telah menggerakkan pegawai, angg...
Segamat, 8 Januari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) telah menggerakkan pegawai, anggota dan asetnya ke 10 lokasi berbeza di seluruh daerah bagi membantu kekuatan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat meninjau bencana banjir.
Antara aset yang telah diturunkan ialah sebuah helikopter milik Pasukan Gerakan Udara (PGU), sebuah lori pengangkut, sebuah kenderaan lasak pacuan empat roda jenis Land Rover, enam buah e-bike dan tiga buah bot dengan kapasiti 40 kuasa kuda.
Menurut SAC Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Aman, SAC Tuan Ibrahim Saad, elemen dari Jabatan KDNKA yang ditugaskan membuat tinjauan banjir tadi ialah dari Batalion 6, Briged Tengah PGA, Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 2, Johor Bahru, Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Unit Tindakhas dan PGU.
"Kami (polis) telah mengatur gerak kekuatan di seluruh daerah Segamat dan antaranya ialah Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Alai, Kampung Paya Dalam, Kampung Kuing Patah dan Kampung Putting dekat Buloh Kasap," ujarnya.
Beliau berkata demikian setelah selesai membuat pemantauan banjir dari udara di sekitar daerah Segamat, petang tadi.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, selain membuat tinjauan, PDRM juga terlibat dalam mengadakan rondaan keselamatan di sekitar kawasan terjejas banjir bagi memastikan harta benda penduduk tidak dicuri.






