Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Opbanjir Pdrm Dan Bomba Bantu Pindahkan Mangsa Banjir

Diterbitkan: 10 Nov 2024 1.34 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Usaha tersebut bukan sahaja tertumpu kepada menyelamatkan mangsa banjir semata, namun warga Sang Saka Biru terlibat turut memastikan keselamatan harta benda awam terjaga.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-pdrm-dan-bomba-bantu-pindahkan-mangsa-banjir
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:50 MYT
Tindakan awal Konstabel Mohamad Aiman Che Rani dari Balai Polis Dong bersama-sama dengan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Raub bagi membantu menyelamatkan sebuah keluarga terdiri daripada warga emas (suami dan isteri) yang telah uzur serta anak lelakinya yang terperangkap di dalam rumah di Kampung Masjid Gali, Dong, Raub, Pahang untuk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pusat Kegiatan Kemas Gali dekat Raub jelas membuktikan 'Polis Sedia Berkhidmat'.

Usaha tersebut bukan sahaja tertumpu kepada menyelamatkan mangsa banjir semata, namun warga Sang Saka Biru terlibat turut memastikan keselamatan harta benda awam terjaga.

Polis Diraja Malaysia sentiasa siapsiaga untuk memastikan keselamatan masyarakat diutamakan.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada".

ArtikelDiterbitkan 10 Nov 2024 1.34 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM