
Hari ini setahun yang lalu, bertarikh 10 November 2023, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard telah bekerjasama dengan Lembaga Tabung Haji untuk melancarkan Kempen Pemotongan Caruman Bulanan Tabung Haji Warga PDRM.
Kempen menerusi potongan gaji secara bulanan itu bertujuan memudahkan hasrat warga Pasukan untuk menunaikan ibadah haji yang semakin meningkat saban tahun tercapai.