
Artikel
Opbanjir Pdrm Bersama Pasukan Sahabat Edar Bekalan Makanan Kepada Penduduk Orang Asli
Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang bersama pasukan sahabat dari pelbagai agensi kerajaan terus berganding bahu dalam menjayakan...
Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang bersama pasukan sahabat dari pelbagai agensi kerajaan terus berganding bahu dalam menjayakan misi bantuan menyalurkan bekalan makanan kepada Perkampungan Orang Asli Sungai Peroh dan Pucur di Kahang, Kluang, Johor, semalam.
Dalam misi ini, aset seperti bot digunakan memandangkan laluan ke perkampungan tersebut tidak boleh dilalui menggunakan jalan darat disebabkan banjir.
Antara agensi yang menyertai misi kemanusiaan ini adalah Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Klinik Kesihatan Kahang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pengaliran dan Saliran Johor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dalam masa sama, Persatuan Bulan Sabit Merah juga turut memberi khidmat pemeriksaan kesihatan kepada penduduk di kawasan terbabit.