
Article
Opbanjir Pakcik Tolong Bersihkan Sekolah Adik Nanti Belajar Sungguh Sungguh Ya
Bermatlamatkan itu, seramai 16 pegawai dan anggota polis dari Batalion 6, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini bergotong-royong membersihkan Tadika...
Apabila persekitaran sekolah ceria, maka sekolah tersebut pasti akan kelihatan bersih dan cantik.
Bermatlamatkan itu, seramai 16 pegawai dan anggota polis dari Batalion 6, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini bergotong-royong membersihkan Tadika Sekolah Sri Muda di Seksyen 25, Shah Alam, Selangor yang kotor dilanda banjir.
Sebanyak sebuah lori pengangkut dan jentolak turut digunakan dalam kerja-kerja pembersihan di tadika tersebut.
Doa kami dari seluruh warga Pasukan, agar permata kecil yang bakal melangkah kaki ke tadika tersebut terus ceria dan gembira dapat menimba ilmu dengan selesa!











