
Article
Opbanjir Op Pasca Banjir Warga Pga Bekerjasama Bantu Individu Oku Pindah Rumah
Rentetan itu, beliau telah mengarahkan pasukannya yang terdiri daripada 10 pegawai dan anggota dari Briged Tengah, PGA untuk membantu memindahkan barangan mili...
Kesukaran seorang individu orang kurang upaya (OKU) untuk berpindah rumah akibat dilanda bencana banjir baru-baru ini, mendapat perhatian Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Tuan Muhammad Abdul Halim.
Rentetan itu, beliau telah mengarahkan pasukannya yang terdiri daripada 10 pegawai dan anggota dari Briged Tengah, PGA untuk membantu memindahkan barangan milik individu OKU tersebut dari rumahnya di Batu 23, Hulu Langat ke Bukit Dukong, Kajang, Selangor.
Menurut Tuan Muhammad, usaha-usaha kebajikan seumpanya tidak akan terhenti setakat itu tetapi akan diteruskan untuk masyarakat lain yang memerlukan di dalam kawasan tersebut.