
Artikel
Opbanjir Misi Bantuan Diteruskan Tumpu Pembersihan Di Jalan Dan Longkang Tersumbat
Seramai 51 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk dua pegawai kanan dari Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Cheras dan Pasukan Simpanan Persekutuan, Ipoh...
Seramai 51 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk dua pegawai kanan dari Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Cheras dan Pasukan Simpanan Persekutuan, Ipoh, Perak meneruskan tugas misi bantuan, termasuk membersihkan jalan dan longkang yang tersumbat diselaputi lumpur di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor hari ini.
Selain "water canon", sebanyak 10 aset kenderaan turut digunakan bagi mempercepatkan lagi operasi pembersihan yang bermula awal pagi tadi.








