
Artikel
Opbanjir Lawatan Pembakar Semangat Terhadap Mangsa Banjir Di Hulu Langat
Ziarah pasca banjir itu bertujuan bertanya khabar dan memberikan kata-kata semangat buat masyarakat setempat dan warga Pasukan yang sedang bertungkus lumus mem...
Bersimpati dengan nasib yang menimpa sebahagian besar masyarakat di Hulu Langat, Selangor yang terkesan akibat banjir besar baru-baru ini, konvoi Unit Rondaan Bermotosikal (URB) diketuai Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, DCP Datuk Mazli Mazlan sempat menyantuni beberapa penduduk di kawasan itu.
Ziarah pasca banjir itu bertujuan bertanya khabar dan memberikan kata-kata semangat buat masyarakat setempat dan warga Pasukan yang sedang bertungkus lumus memastikan operasi pasca banjir di situ berjalan lancar.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Operasi) JPJKK Bukit Aman, SAC Tuan Jamel Salleh dan pegawai JPJKK dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Sumber: Polis Daerah Kajang
























