
Artikel
Opbanjir Kpd Lahad Datu Pastikan Kesiapsiagaan Pasukan Hadapi Bencana Banjir
Beliau turut membuat tinjauan di kawasan yang terjejas, dan punca masalah didapati disebabkan oleh sistem saluran perparitan. Walau bagaimanapun paras air dida...
Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu, ACP Tuan Rohan Shah Ahmad membuat tinjauan di Bilik Gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Lahad Datu bagi memantau tahap kesiapsiagaan anggota Polis Diraja Malaysia bersama lain-lain agensi kerajaan dan pasukan sokongan dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan bencana banjir di daerah itu.
Beliau turut membuat tinjauan di kawasan yang terjejas, dan punca masalah didapati disebabkan oleh sistem saluran perparitan. Walau bagaimanapun paras air didapati kembali surut menjelang petang semalam.
Sumber: IPD Lahad Datu







