Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Opbanjir Keratan Akhbar Pilihan Polis Lipis Bantu Anggota Bersih Kemudahan Awam Terjejas Banjir

Published: 25 Dec 2021 1.51 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, tugasan berkenaan juga melibatkan kerja pembersihan rumah dua orang anggota IPD di sini yang terjejas teruk terkena banjir empat hari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-keratan-akhbar-pilihan-polis-lipis-bantu-anggota-bersih-kemudahan-awam-terjejas-banjir
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:18 MYT
Lipis, 25 Disember 2021 - Dengan rasa simpati dan berkongsi kesusahan dengan penduduk di bandar, warga ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis turun lapangan membantu membersihkan rumah anggota, kemudahan awam serta stesen minyak sekitar bandar Kuala Lipis, Lipis, semalam.

Ketua Polis Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, tugasan berkenaan juga melibatkan kerja pembersihan rumah dua orang anggota IPD di sini yang terjejas teruk terkena banjir empat hari lalu.

"Selain kemudahan awam, anggota IPD turut membantu membersihkan stesen minyak yang tenggelam ketika banjir supaya dapat beroperasi semula untuk kemudahan penduduk daerah ini.

"Usaha murni ini dapat menguatkan hubungan antara anggota IPD Lipis dengan masyarakat yang sentiasa memberikan kerjasama dalam tugasan kepolisan dan mengambil berat hal-hal kebajikan," katanya.

Sumber: Utusan Online

May be an image of 5 people, people standing, outdoors and text that says 'sem pen Polis Lipis bantu ang kemudahan awam te DENGAN rasa simpati dan berkongs
ArticlePublished 25 Dec 2021 1.51 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM