Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Opbanjir Keratan Akhbar Pilihan Pindah Senjata Api Sebelum Balai Tenggelam

Published: 03 Jan 2022 6.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Lans Koperal Fatin Nabillah Abdullah, 28, yang bertugas di Balai Polis Sri Muda, Seksyen 25, sempat berkongsi pengalamannya sewaktu kunjungan Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters pada Sabtu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-keratan-akhbar-pilihan-pindah-senjata-api-sebelum-balai-tenggelam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 12:09 MYT
Shah Alam, 3 Januari 2022 - Seorang anggota polis tidak dapat melupakan detik balai polis tempatnya bertugas ditenggelami air sedalam lebih tiga meter dalam bencana banjir pada 18 Disember lalu.

Lans Koperal Fatin Nabillah Abdullah, 28, yang bertugas di Balai Polis Sri Muda, Seksyen 25, sempat berkongsi pengalamannya sewaktu kunjungan Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters pada Sabtu.

Masih segar di ingatannya bagaimana beliau terpaksa menjawab puluhan panggilan dengan air mula melimpah dan bergenang di pergelangan kaki.

"Kami memang tak sangka air akan naik begitu cepat kerana sebelum ini tak pernah dinaiki air, masa kejadian pun semua anggota termasuk ketua balai keluar untuk membuat pemantauan selepas menerima maklumat beberapa kawasan perumahan di Taman Sri Muda sudah ditenggelami air," katanya.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut: https://www.sinarharian.com.my/.../Sempat-pindahkan...

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 03 Jan 2022 6.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM