Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Opbanjir Keratan Akhbar Pilihan Kpd Dungun Serah Bakul Makanan Kepada Mangsa Banjir

Diterbitkan: 02 Feb 2023 8.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Utusan Malaysia
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-keratan-akhbar-pilihan-kpd-dungun-serah-bakul-makanan-kepada-mangsa-banjir
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:30 MYT
Opbanjir Keratan Akhbar Pilihan Kpd Dungun Serah Bakul Makanan Kepada Mangsa Banjir
Laman Utama / Artikel / Opbanjir Keratan Akhbar Pilihan Kpd Dungun Serah Bakul Makanan Kepada Mangsa Banjir
Kembali ke Pustaka
Artikel

Opbanjir Keratan Akhbar Pilihan Kpd Dungun Serah Bakul Makanan Kepada Mangsa Banjir

Sumber: Utusan Malaysia
Dungun, 2 Februari 2023 - Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun mengagihkan bakul makanan kepada sebanyak 61 keluarga yang terkesan dalam kejadian banjir di Hulu Dungun, Dungun, Terengganu, baru-baru ini. Anggota dan pegawai polis yang terkesan dalam kejadian banjir tersebut turut menerima bantuan bakul makanan itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah mengagihkan sendiri bantuan tersebut kepada penduduk dan anggota polis terlibat.
Penduduk terlibat tinggal di Kampung Jongok Batu dan Kampung Belimbing, Dungun, Terengganu manakala anggota tersebut dari Balai Polis Kuala Jengai.

Program tersebut mendapat kerjasama daripada Yayasan Foodbank Malaysia yang menyediakan bahan sumbangan kepada mangsa banjir tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia

 
ArtikelDiterbitkan 02 Feb 2023 8.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM