
Article
Opbanjir Keratan Akhbar Pilihan Elak Redah Banjir Pengarah Jspt
Petaling Jaya, 2 Disember 2024 - Polis Diraja Malaysia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada ketika memandu sepanjang musim Monsun Timur Laut terutama di...
Petaling Jaya, 2 Disember 2024 - Polis Diraja Malaysia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada ketika memandu sepanjang musim Monsun Timur Laut terutama di negeri yang terjejas akibat banjir.
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, keadaan hujan lebat sehingga banjir berlaku menyebabkan arus deras dan air bertakung.
Katanya, situasi itu boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.
“Contohnya seperti yang terjadi kepada seorang penunggang motosikal nyaris maut selepas dihanyutkan arus deras banjir di Lubok Cina, Melaka pada Jumaat lalu.
“Kita nasihatkan orang ramai untuk berhati-hati memandu dan elakkan mengambil risiko untuk meredah banjir, arus yang deras,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.