Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Sambut Dan Iringi Pm Santuni Mangsa Banjir Di Pps Di Setiu

Diterbitkan: 02 Dec 2024 2.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Setiu, 1 Disember 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin mengiringi Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyantuni mangsa-mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) dekat sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sambut-dan-iringi-pm-santuni-mangsa-banjir-di-pps-di-setiu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:13 MYT
Setiu, 1 Disember 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin mengiringi Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyantuni mangsa-mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) dekat sini, pagi tadi.

Terdahulu, ketibaan Dato’ Seri Anwar di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu disambut Tan Sri Razarudin bersama Ketua Polis negeri, DCP Dato’ Mohd Khairi Khairudin.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar dan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Delegasi kemudian diberikan taklimat berkaitan perkembangan semasa banjir di Terengganu oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Tuan Hj. Abdul Wahab Hj Rahim.

Dato’ Seri Anwar bersama delegasi kemudiannya bergerak ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Telaga Papan bagi menyantuni 269 mangsa banjir yang ditempatkan di situ, selain turut menyerahkan sumbangan kepada mereka.

Sejurus itu, delegasi meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat mangsa di PPS SK Mangkok yang menempatkan 372 mangsa dari kawasan sekitar.

Dalam lawatan tersebut, Dato’ Seri Anwar berbesar hati mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu, termasuk kerja-kerja pembaikan infrastruktur serta usaha pasca banjir.

Selain itu, Tan Sri Razarudin turut berkesempatan bertemu para petugas Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam operasi banjir. Beliau memberikan kata-kata semangat kepada mereka, mengingatkan supaya menjaga keselamatan diri dan kekal bersemangat dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Hadir sama dalam lawatan ialah Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, barisan Ketua Jabatan dan Agensi Penyelamat serta Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris.

Jurugambar: Polis Terengganu

May be an image of 9 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 6 people, crowd and text


ArtikelDiterbitkan 02 Dec 2024 2.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM