Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Opbanjir Keratan Akhbar Pilihan Balai Polis Kuala Jengai Dua Kali Naik Air

Diterbitkan: 25 Dec 2022 3.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-keratan-akhbar-pilihan-balai-polis-kuala-jengai-dua-kali-naik-air
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:36 MYT
Dungun, 25 Disember 2022 – Polis Terengganu bercadang mengalihkan Balai Polis Kuala Jengai, Hulu Dungun di sini yang sering ditenggelami banjir pada musim tengkujuh saban tahun.

Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa berkata, balai polis yang beroperasi sebelum kemerdekaan negara itu merupakan antara balai polis paling kritikal dan perlu diberi perhatian di negeri ini. “Setiap tahun Balai Polis Kuala Jengai akan ditenggelami banjir sehingga paras bumbung. “Sebelum ini, ia turut terjejas dalam banjir besar pada akhir Februari lalu dan tidak sampai enam bulan selepas kerosakan dibaiki, balai polis sama ditenggelami air semula,” katanya selepas meninjau kerosakan Balai Polis Kuala Jengai di sini, semalam.

Dato’ Rohaimi berkata, pihaknya akan mengemukakan kertas cadangan kepada Bukit Aman agar balai polis itu dialih ke lokasi lain yang lebih selamat.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo.

 
ArtikelDiterbitkan 25 Dec 2022 3.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM