Article
Opbanjir Ipd Batu Pahat Terus Giat Berusaha Mencari Dan Menyelamat Mangsa Banjir
Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat terus giat berusaha mencari dan menyelamatkan mangsa banjir yang disyaki ter...
Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat terus giat berusaha mencari dan menyelamatkan mangsa banjir yang disyaki terperangkap di kediaman mereka akibat dinaiki air di Senggarang, Johor, di sini, semalam.
Operasi mencari dan menyelamat itu juga turut disertai oleh agensi sahabat seperti Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang membantu mengagihkan bekalan makan serta memindahkan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara.
Sumber: Polis Daerah Batu Pahat
