
Artikel
Opbanjir Gotong Royong Pasca Banjir Eratkan Hubungan Polis Dengan Masyarakat
Di Taman Seri Damai Perdana, Kuantan, Pahang semalam, warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bersama-sama penduduk setempat bergotong-royong membersihkan...
Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada. Walau apa jua keadaan yang menimpa rakyat, warga Polis Diraja Malaysia akan sentiasa setia di sisi mereka.
Di Taman Seri Damai Perdana, Kuantan, Pahang semalam, warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bersama-sama penduduk setempat bergotong-royong membersihkan kawasan yang dilanda banjir di daerah tersebut.
Selain dapat mengurangkan beban ditanggung rakyat, program seumpama itu mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga IPD dengan penduduk setempat.
Sumber: Polis Kuantan





