
Artikel
Opbanjir Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing
Enam anggota Batalion 5, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) membantu warga Balai Polis Batu 18, Hulu Langat, Selangor membuat kerja-kerja pembersihan di s...
Enam anggota Batalion 5, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) membantu warga Balai Polis Batu 18, Hulu Langat, Selangor membuat kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan dalam dan luar premis Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu yang terjejas akibat banjir, baru-baru ini.
Sementara itu, seramai enam anggota dari Batalion 6, Briged Tengah, PGA pula ditugaskan membantu kerja-kerja pembersihan di Balai Polis Batu 14 di Hulu Langat, Selangor.
Seluruh batalion PGA khasnya di semenanjung dikerahkan membantu masyarakat dan warga PDRM sendiri yang terkesan akibat bencana alam itu.





