Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Opbanjir Banjir Pdrm Pastikan Semua Elemen Jabatan Kdnka Bantu Masyarakat Sepenuhnya

Published: 13 Jan 2022 7.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Walaupun banjir di beberapa tempat sekitar Segamat, Johor menunjukkan trend menurun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) akan memastikan usaha membantu masyarakat setempat diteruskan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-banjir-pdrm-pastikan-semua-elemen-jabatan-kdnka-bantu-masyarakat-sepenuhnya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:24 MYT
Walaupun banjir di beberapa tempat sekitar Segamat, Johor menunjukkan trend menurun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) akan memastikan usaha membantu masyarakat setempat diteruskan.

Menurut Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Tuan Muhammad Abdul Halim, sebanyak lima Pasukan pemantau dari pelbagai unit masih diteruskan di Markas Taktikal Jabatan KDNKA, di sini.

"Seramai tujuh pegawai dan anggota dari Batalion 6, Briged Tengah PGA masih menggunakan 'e-bike' dan sebuah pacuan empat roda untuk meninjau kawasan terjejas di Kampung Batu Anam.

"Manakala tujuh anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 2 pula meneruskan pemantauan mereka di sekitar pekan Panchor dan Muar," ujar beliau.

Menurut beliau lagi, pasukan pemantau banjir dari Pasukan Simpanan Persekutuan dan Unit Tindakhas pula dikerahkan di sekitar Kampung Batu Badak, Kampung Pogoh Tengah dan Kampung Chodan serta Bukit Kepong.

Dalam memastikan krisis banjir dikawal sepenuhnya, PDRM juga menurunkan sebuah helikopter milik Pasukan Gerakan Udara untuk membuat rondanan di seluruh daerah Segamat.

Tuan Muhammad juga menegaskan bahawa PDRM sentiasa memantau rapat dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada agensi berkaitan dan masyarakat setempat berhubung situasi banjir di seluruh negara termasuk di negeri Johor.

May be an image of tree and body of water

May be an image of text that says 'HAKE'

May be an image of 2 people, body of water, tree and text

May be an image of 4 people, tree and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and sky

May be an image of tree, body of water and text that says 'MILIK'

May be an image of 3 people, people standing and body of water

May be an image of body of water and text that says 'DRM'

May be an image of tree and body of water

May be an image of body of water

May be an image of 1 person, nature, body of water and tree

May be an image of cloud and body of water
ArticlePublished 13 Jan 2022 7.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM