
Article
Opbanjir Artikel Pilihan Polis Dan Apm Sedia Dua Lori Angkut Pelajar Ke Sekolah
Ipoh, 21 Mei 2024 - Ibu Pejabat Polis Daerah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kerian menyediakan dua lori bagi mengangkut 46 pelajar Sekolah Menenga...
Ipoh, 21 Mei 2024 - Ibu Pejabat Polis Daerah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kerian menyediakan dua lori bagi mengangkut 46 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai pergi dan pulang dari sekolah berikutan penutupan laluan di KM15 Jalan Selama-Bagan Serai akibat banjir.
"Kita tidak mahu pelajar jadikan penutupan jalan sebagai penghalang untuk tidak hadir ke sekolah dan ini bersesuaian dengan moto Polis Diraja Malaysia iaitu "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata usaha memberi khidmat kepada pelajar terlibat akan diteruskan sehingga laluan berkenaan pulih daripada banjir dan dibuka semula kepada pengguna jalan raya.
Sumber: Harian Metro dan APM Kerian