Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Opbanjir Artikel Pilihan 632 Keluarga Pegawai Dan Anggota Polis Selangor Terjejas Banjir Pengarah Jpjkk

Published: 27 Dec 2021 1.38 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Beliau berkata daripada jumlah itu kawasan pentadbiran polis di Klang Utara, Shah Alam dan Kajang antara yang paling banyak terjejas termasuk Balai Polis Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-artikel-pilihan-632-keluarga-pegawai-dan-anggota-polis-selangor-terjejas-banjir-pengarah-jpjkk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:52 MYT
Shah Alam, 27 Disember 2021 - Sebanyak 632 keluarga pegawai dan anggota polis di Selangor terjejas dan menjadi mangsa banjir yang melanda negeri itu minggu lalu, kata Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Ramli Hj. Din.

Beliau berkata daripada jumlah itu kawasan pentadbiran polis di Klang Utara, Shah Alam dan Kajang antara yang paling banyak terjejas termasuk Balai Polis Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini.

“Boleh dikatakan semua daerah di Selangor (pegawai dan anggota menjadi mangsa banjir), sebab warga PDRM ini mereka tinggal merata tempat. Ada yang menyewa dan ada yang membeli rumah sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Penyampaian Bantuan kepada Mangsa Banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Dato’ Ramli berkata, kesemua pegawai dan anggota polis negeri ini yang terkesan, akan dibantu menerusi penyaluran bantuan beras daripada program tersebut seberat 15 tan daripada empat syarikat dan seorang individu.

Beliau berkata Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) turut memberi sumbangan pakaian baharu kepada mangsa banjir.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
  https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA

632 keluarga pegawai, anggota polis Selangor terjejas banjir
ArticlePublished 27 Dec 2021 1.38 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM