
Artikel
Opbanjir Artikel Piilihan Al Quran Penawar Terbaik Trauma Mangsa Banjir
Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), ACP Tuan Rosman Kasman berkata, bacaan al-Quran dapat mengawal emosi dan kebimbangan ketika diuji musibah...
Kajang, 3 Januari 2022 ‐ Ayat suci al-Quran merupakan penawar terbaik untuk menghilangkan perasaan takut dan trauma mangsa banjir yang melanda negara.
Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), ACP Tuan Rosman Kasman berkata, bacaan al-Quran dapat mengawal emosi dan kebimbangan ketika diuji musibah.
Justeru katanya, pasukan itu bersama badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Restu dan beberapa NGO lain menyerahkan kira-kira 1,600 naskhah al-Quran kepada keluarga Muslim yang terjejas di sekitar kawasan Taman Sri Nanding di sini pada Isnin.
"Ramai penduduk mengeluh kerana tidak dapat membaca al-Quran kerana rosak ditenggelami banjir.
"Jadi kami bersama beberapa NGO ini mengambil inisiatif untuk mengagihkan al-Quran kepada mereka dan bantuan bakul makanan serta beberapa peralatan lain untuk meringankan beban mereka," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Surau Al-Munir di sini pada Isnin.