Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Warta 1 59 Juta Waran Tangkap Masih Aktif

Diterbitkan: 30 Apr 2015 10.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Aman, 30 April – Polis Diraja Malaysia telah mengadakan sidang media pelancaran Operasi Waran Tangkap (OP WARTA) yang akan dilaksanakan pada bulan Mei 2015.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-warta-1-59-juta-waran-tangkap-masih-aktif
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:47 MYT
Bukit Aman, 30 April – Polis Diraja Malaysia telah mengadakan sidang media pelancaran Operasi Waran Tangkap (OP WARTA) yang akan dilaksanakan pada bulan Mei 2015.

Operasi ini bertujuan untuk mengesan individu-individu yang mempunyai waran tangkap serta mereka yang gagal menghadiri perbicaraan bagi kes-kes kesalahan trafik di mahkamah.

Menurut Ketua Trafik Pasukan, SAC Dato’ Hj Mohd Fuad bin Abd Latiff, waran-waran tangkap ini masih aktif dan boleh disempurnakan pada bila-bila masa.

“Saya menyeru kepada orang awam supaya menyemak status saman mereka di mana-mana cawangan trafik dan menyelesaikannya.

"PDRM mempunyai senarai pesalah trafik dan telah diagihkan kepada semua Ketua Trafik Negeri untuk disempurnakan memandangkan mereka yang gagal menghadirkan diri di mahkamah meningkat sehingga 1.59 juta," jelas beliau.

Beliau berkata, orang awam boleh menyemak saman dan membuat pembayaran di mana-mana cawangan trafik dalam tempoh dua minggu bermula 1 Mei.

Selain itu, masa pembayaran dilanjutkan bagi kemudahan orang awam bermula 5 Mei.

“OP Warta akan dilaksanakan setelah tamat tempoh yang diberikan,” kata beliau.

Tambah beliau lagi, sekatan jalan raya turut diadakan serta premis-premis akan diperiksa.

Op Warta 1 59 Juta Waran Tangkap Masih Aktif
Op Warta 1 59 Juta Waran Tangkap Masih Aktif
Op Warta 1 59 Juta Waran Tangkap Masih Aktif

Sidang Media oleh Ketua Trafik Pasukan, SAC Dato’ Hj Mohd Fuad bin Abd Latiff
ArtikelDiterbitkan 30 Apr 2015 10.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM