Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Selamat Ii Penurunan Kes Kemalangan Pecah Rumah

Published: 12 Jun 2014 6.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
'...Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PLUS Malaysia Berhad dan lain-lain stakeholder seperti agensi penguatkuasa dan agensi penyelamat yang terus memberi kerjasama dan sumbang..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-selamat-ii-penurunan-kes-kemalangan-pecah-rumah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:50 MYT

Op Selamat II: Penurunan Kes Kemalangan & Pecah Rumah

Disediakan Oleh: L/kpl Mohd Helmi Bin Saadin

"...Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PLUS Malaysia Berhad dan lain-lain stakeholder seperti agensi penguatkuasa dan agensi penyelamat yang terus memberi kerjasama dan sumbangan sepanjang Op Selamat II berlangsung, termasuklah JPJ, JKJR, SPAD, JKR, MIROS, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hospital, Prince Court Medical Centre, St John Ambulance, Bulan Sabit Merah, Lembaga Lebuh Raya Malaysia, Konsesi-konsesi Lebuh raya, dan media massa.." - Ketua Polis Negara

Kuala Lumpur, 20 Feb -  "Secara keseluruhannya, Op Selamat II kali ini telah menunjukkan penurunan daripada aspek kes pecah rumah dan jumlah kemalangan," jelas YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena Majlis Penganugerahan Surat Penghargaan Kepada Pengguna Jalanraya Berhemah Dan Kontinjen/Daerah Terbaik Op Selamat II di Stesen KL Sentral, hari ini.

Mengulas kenyataannya itu, beliau berkata kes pecah rumah telah menurun sebanyak 124 kes atau 11 peratus, iaitu sebanyak 986 kes telah dilaporkan di sepanjang tempoh dua minggu berbanding 1,110 kes pecah rumah yang telah dilaporkan pada musim sambutan Tahun Baru Cina tahun lepas.

Untuk laporan kemalangan pula, berbanding dengan Op Sikap ke-25, jumlah kemalangan bagi Op Selamat II telah menurun sebanyak 4.5 peratus iaitu daripada 17,054 kes kepada 16,287 kes. Namun, jumlah kemalangan maut dan jumlah kematian telah menunjukkan trend peningkatan dan PDRM dan agensi-agensi penguatkuasa yang lain memerlukan kerjasama dan komitmen daripada pemandu-pemandu kenderaan untuk lebih berhemah semasa berada di atas jalan raya.

Habuan Untuk Pemandu Berhemah

Turut disaksikan pada hari ini, seramai 50 orang pemandu berhemah telah dipilih untuk menerima Anugerah Pemandu Berhemah yang terdiri daripada 10 orang pemandu bas, 10 orang pemandu motokar dan 30 orang penunggang motosikal.

"Anugerah yang akan disampaikan pada hari ini juga menunjukkan keprihatinan pihak PLUS Malaysia Berhad serta kita semua terhadap kepentingan pemanduan berhemah oleh rakyat Malaysia," ujar beliau.

Anugerah lain juga turut diberikan kepada tiga kontinjen dan tiga daerah yang telah mencapai sasaran atau pencapaian terbaik sepanjang Op Selamat yang lepas iaitu:

Peringkat Kontinjen:-

(Pertama) Kontinjen Kelantan
 
(Kedua) Kontinjen Sabah

(Ketiga) Kontinjen Terengganu

Peringkat Daerah:-

(Pertama) Daerah Seberang Prai Tengah

(Kedua) Daerah Gombak

(Ketiga) Daerah Kota Kinabalu

Op Selamat II yang telah dilaksanakan dari 3 hingga 17 Februari yang lalu berkonsepkan advokasi dan kesedaran (awareness) kepada pemandu dan penunggang supaya lebih berhati-hati semasa memandu di musim perayaan dan dalam masa yang sama, tindakan tegas akan diambil bagi kesalahan yang boleh mengakibatkan kemalangan serius atau kemalangan maut.

Dan untuk Op Selamat kali ini, polis sekali lagi telah mendapat 'rakan kongsi' yang telah sama-sama menyumbang dan bertugas bagi memastikan pengguna jalanraya agar sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak menghadapi sebarang kesesakan lalulintas ketika berada di jalanraya serta memastikan rumah yang ditinggalkan terjamin selamat daripada sebarang perlakuan jenayah.

Turut hadir YBhg. Dato' Ir. Hj. Ismail bin Md. Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, YDH Datuk Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur, YBhg. Dato' Noorizah binti Abdul Hamid, Pengarah Urusan Projek Lebuh raya Utara Selatan Berhad (PLUS), YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, YBhg. Prof. Dr. Wong Shaw Voon, Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan dan Kenderaan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), YBhg. Datuk Kamarudin bin Md Ali, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, YBhg. Dato' Ismail bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, YBhg. Tuan Mohd Zain bin Mat Taha, Pengurus Besar KTM Intercity, YDH Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan Selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Pegawai-pegawai Kanan PLUS Malaysia Berhad dan PDRM, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan serta NGO, Ketua-ketua dan wakil-wakil persatuan penduduk, para penerima anugerah pemandu berhemah, Agensi-agensi penguatkuasa dan agensi-agensi penyelamat, dif-dif jemputan yang hadir.

Op Selamat Ii Penurunan Kes Kemalangan Pecah Rumah
Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Antara tetamu kehormat yang hadir

Op Selamat Ii Penurunan Kes Kemalangan Pecah Rumah
Pengacara majlis menyampaikan kata-kata alauan

Op Selamat Ii Penurunan Kes Kemalangan Pecah Rumah
Bacaan doa memberkati majlis

Op Selamat Ii Penurunan Kes Kemalangan Pecah Rumah
YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara ketika manyampaikan ucapan

Op Selamat Ii Penurunan Kes Kemalangan Pecah Rumah
Antara mereka yang bertuah menerima surat penghargaan

Antara mereka yang bertuah menerima surat penghargaan (Daerah Kota Kinabalu)

Op Selamat Ii Penurunan Kes Kemalangan Pecah Rumah
Antara mereka yang bertuah menerima surat penghargaan (Daerah Gombak)

Op Selamat Ii Penurunan Kes Kemalangan Pecah Rumah
Antara mereka yang bertuah menerima surat penghargaan (Daerah Seberang Prai Tengah)

Op Selamat Ii Penurunan Kes Kemalangan Pecah Rumah
Antara mereka yang bertuah menerima surat penghargaan (Kontinjen Terengganu)

Op Selamat Ii Penurunan Kes Kemalangan Pecah Rumah
Antara mereka yang bertuah menerima surat penghargaan (Kontinjen Sabah)

Op Selamat Ii Penurunan Kes Kemalangan Pecah Rumah
Antara mereka yang bertuah menerima surat penghargaan (Kontinjen Kelantan)

Op Selamat Ii Penurunan Kes Kemalangan Pecah Rumah
Bergambar kenangan

Op Selamat Ii Penurunan Kes Kemalangan Pecah Rumah
Antara tetamu yang hadir

ArticlePublished 12 Jun 2014 6.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM