Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Selamat 9 2016 Indeks Kemalangan Dan Kadar Jenayah Menurun

Published: 14 Jul 2016 8.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 14 Julai – Buat pertama kalinya dalam tempoh lima tahun, jumlah kenderaan telah meningkat secara mendadak,namun bilangan kemalangan maut dan kematian menurun berbanding Op Selamat 7/2015.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-selamat-9-2016-indeks-kemalangan-dan-kadar-jenayah-menurun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:55 MYT

Oleh : L/Kpl Irfan Bujang
Foto : Kpl Edwind Indo

Kuala Lumpur, 14 Julai – Buat pertama kalinya dalam tempoh lima tahun, jumlah kenderaan telah meningkat secara mendadak,namun bilangan kemalangan maut dan kematian menurun berbanding Op Selamat 7/2015.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), ACP Roslan Khalid dalam sidang media JSPT di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebentar tadi berkata, jumlah korban kemalangan maut telah menurun sebanyak sepuluh peratus (10%) iaitu sebanyak 30 kes berbanding pada tahun sebelumnya.

Tambah beliau, inisiatif JSPT dalam melaksanakan pendekatan ‘total enforcement’ dan ‘services’ bagi mengurangkan kadar kemalangan maut dan melancarkan aliran trafik telah menampakkan keberhasilan sekaligus sedikit sebanyak mencapai objektif Op Selamat pada kali ini.

Beliau turut menekankan, walaupun indeks ini menampakkan hasil yang positif, namun pengguna jalan raya seharusnya memberikan penekanan berterusan kepada soal-soal keselamatan pemanduan di jalan raya, terutamanya penyumbang utama punca utama kemalangan maut iaitu pemanduan secara laju.

Dalam pada itu, indeks jenayah melibatkan kes pecah rumah dan kecurian turut mencatatkan penurunan sebanyak sembilan peratus di mana sebanyak 794 kes dicatatkan berbanding 872 kes pada tahun 2015.

Op Selamat 9/2016 yang dijalankan selama 14 hari bermula 29 Jun lalu telah tamat semalam.

Op Selamat 9 2016 Indeks Kemalangan Dan Kadar Jenayah Menurun
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), ACP Roslan Khalid ketika bercakap dalam sidang media di Bukit Aman 

ArticlePublished 14 Jul 2016 8.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM