Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Selamat 4 Pamer Kolaborasi Strategik Pelbagai Agensi

Diterbitkan: 12 Jun 2014 9.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 17 Feb – Elemen muafakat dan kolobrasi strategik antara pelbagai agensi dilihat satu nilai positif yang dicapai ketika Op Selamat 4 dilancarkan sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-selamat-4-pamer-kolaborasi-strategik-pelbagai-agensi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:59 MYT

Kuala Lumpur, 17 Feb – Elemen muafakat dan kolobrasi strategik antara pelbagai agensi dilihat satu nilai positif yang dicapai ketika Op Selamat 4 dilancarkan sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Januari lalu.

YDH Tan Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara berkata kerjasama antara semua agensi telah dapat mengurangkan kadar kemalangan daripada 16,287 kes bagi Op Selamat 2/2013 kepada 14,836 iaitu penurunan sebanyak 1,451 kes bersamaan -8.9 peratus.

“Dengan penurunan kes kemalangan dan kemalangan maut tersebut, jumlah kematian turut mencatat penurunan daripada 194 pada operasi lepas kepada 159 kematian, iaitu penurunan sebanyak 18%.”, katanya dalam majlis Penganugerahan Surat Penghargaan Kepada Pengguna Jalan Raya Berhemah dan Kontinjen/Daerah Terbaik yang telah berlangsung di KL Sentral pagi tadi.

Namun, penunggang dan pembonceng motosikal masih lagi mendominasi pecahan kematian dalam operasi yang dijalankan kali ini. 

Bagi kes pecah rumah, analisis mencatatkan 938 kes berbanding 986 kes yang dilaporkan dalam operasi lalu dan turut menunjukkan penurunan 48 kes atau -4.9 peratus.

“Sebanyak 6,525 borang balik kampong diserahkan kepada balai polis dalam operasi kali ini berbanding 2,321 borang pada operasi yang lepas, ini menunjukkan tahap kesedaran penduduk semakin meningkat dan rumah yang di lawati polis juga meningkat sebanyak 180% dan peningkatan ini dibantu oleh penambahan 1,800 unit motosikal untuk kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal (URB),” tambahnya lagi.

Dalam majlis yang diadakan, seramai 50 orang pemandu yang terdiri daripada pemandu bas, teksi, kereta dan penunggang motosikal menerima Anugerah Pemandu Berhemah.

Selain Anugerah Pemandu Berhemah, turut dipertandingkan kategori daerah dan kontinjen terbaik yang mencapai sasaran sepanjang Op Selamat 4/2014 berlangsung.

Kontinjen Pahang dinobatkan sebagai Kontinjen Terbaik mengatasi kontinjen Kedah dan Johor malah turut merangkul kategori daerah terbaik di mana daerah Raub dan Rompin masing-masing memenangi tempat pertama dan ketiga.

Op Selamat 4 Pamer Kolaborasi Strategik Pelbagai Agensi
Antara yang hadir.

Op Selamat 4 Pamer Kolaborasi Strategik Pelbagai Agensi
Antara yang hadir.

Op Selamat 4 Pamer Kolaborasi Strategik Pelbagai Agensi
YDH Tan Sri Khalid bin Abu Bakar ketika memberi ucapan.

Op Selamat 4 Pamer Kolaborasi Strategik Pelbagai Agensi
Antara penerima Anugerah Pemandu Berhemah.

Op Selamat 4 Pamer Kolaborasi Strategik Pelbagai Agensi
Antara penerima Anugerah Pemandu Berhemah.

Op Selamat 4 Pamer Kolaborasi Strategik Pelbagai Agensi
Antara penerima Anugerah Pemandu Berhemah.

Op Selamat 4 Pamer Kolaborasi Strategik Pelbagai Agensi
IPD Raub, Pahang dinobatkan Daerah Terbaik.

Op Selamat 4 Pamer Kolaborasi Strategik Pelbagai Agensi
IPK Pahang dinobatkan Kontinjen Terbaik.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 9.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM