Op Selamat 4 Pamer Kolaborasi Strategik Pelbagai Agensi
Kuala
Lumpur, 17 Feb – Elemen muafakat dan kolobrasi strategik antara
pelbagai agensi dilihat satu nilai positif yang dicapai ketika Op
Selamat 4 dilancarkan sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Januari
lalu.
YDH
Tan Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara berkata kerjasama
antara semua agensi telah dapat mengurangkan kadar kemalangan daripada
16,287 kes bagi Op Selamat 2/2013 kepada 14,836 iaitu penurunan sebanyak
1,451 kes bersamaan -8.9 peratus.
“Dengan
penurunan kes kemalangan dan kemalangan maut tersebut, jumlah kematian
turut mencatat penurunan daripada 194 pada operasi lepas kepada 159
kematian, iaitu penurunan sebanyak 18%.”, katanya dalam majlis
Penganugerahan Surat Penghargaan Kepada Pengguna Jalan Raya Berhemah dan
Kontinjen/Daerah Terbaik yang telah berlangsung di KL Sentral pagi
tadi.
Namun, penunggang dan pembonceng motosikal masih lagi mendominasi pecahan kematian dalam operasi yang dijalankan kali ini.
Bagi
kes pecah rumah, analisis mencatatkan 938 kes berbanding 986 kes yang
dilaporkan dalam operasi lalu dan turut menunjukkan penurunan 48 kes
atau -4.9 peratus.
“Sebanyak
6,525 borang balik kampong diserahkan kepada balai polis dalam operasi
kali ini berbanding 2,321 borang pada operasi yang lepas, ini
menunjukkan tahap kesedaran penduduk semakin meningkat dan rumah yang di
lawati polis juga meningkat sebanyak 180% dan peningkatan ini dibantu
oleh penambahan 1,800 unit motosikal untuk kegunaan Unit Rondaan
Bermotosikal (URB),” tambahnya lagi.
Dalam
majlis yang diadakan, seramai 50 orang pemandu yang terdiri daripada
pemandu bas, teksi, kereta dan penunggang motosikal menerima Anugerah
Pemandu Berhemah.
Selain
Anugerah Pemandu Berhemah, turut dipertandingkan kategori daerah dan
kontinjen terbaik yang mencapai sasaran sepanjang Op Selamat 4/2014
berlangsung.
Kontinjen
Pahang dinobatkan sebagai Kontinjen Terbaik mengatasi kontinjen Kedah
dan Johor malah turut merangkul kategori daerah terbaik di mana daerah
Raub dan Rompin masing-masing memenangi tempat pertama dan ketiga.

Antara yang hadir.

Antara yang hadir.

YDH Tan Sri Khalid bin Abu Bakar ketika memberi ucapan.

Antara penerima Anugerah Pemandu Berhemah.

Antara penerima Anugerah Pemandu Berhemah.

Antara penerima Anugerah Pemandu Berhemah.

IPD Raub, Pahang dinobatkan Daerah Terbaik.

IPK Pahang dinobatkan Kontinjen Terbaik.