Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Selamat 4 Hari Kesembilan Catat Penurunan 20140619

Published: 19 Jun 2014 12.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kemaman, 2 Feb - Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata sehingga semalam kes kemalangan maut di seluruh negara adalah sama dengan tempo..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-selamat-4-hari-kesembilan-catat-penurunan-20140619
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:44 MYT

Kemaman, 2 Feb - Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata sehingga semalam kes kemalangan maut di seluruh negara adalah sama dengan tempoh sama tahun lalu iaitu 100 kes.

Bagaimanapun, beliau berkata kadar kemalangan jalan raya dan kes pecah mencatatkan penurunan dalam tempoh tersebut.

Menurutnya sebanyak 8,875 kes kemalangan jalan raya telah dicatatkan berbanding 10,216 kes dalam tempoh sama tahun lepas manakala kes pecah rumah menurun sebanyak 17 peratus iaitu 479 kes berbanding 579 kes tahun lepas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa memantau Ops Selamat IV berdekatan sempadan Terengganu-Pahang di Geliga, Chukai, di sini, hari ini.

Ops Selamat IV sempena perayaan Tahun Baharu Cina bermula 24 Jan hingga 7 Feb ini.

Salleh berkata penurunan kes pecah rumah disebabkan oleh rondaan polis selepas tuan rumah mendaftar dengan polis dan mengisi borang balik kampung di balai polis berhampiran untuk memaklumkan mengenai rumah mereka yang akan ditinggalkan sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Sejak pelancaran Op Selamat IV sehingga kini, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu menduduki tempat ketiga paling rendah dari segi kadar kemalangan jalan raya berbanding negeri-negeri lain.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 12.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM