Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Samseng Sembilan Penunggang Motosikal Diberkas

Published: 05 Aug 2018 2.15 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Seberang Perai, 5 Ogos 2018 - Seramai sembilan penunggang motosikal yang terdiri dalam kalangan remaja diberkas dalam operasi Op Samseng Jalanan di Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-samseng-sembilan-penunggang-motosikal-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:58 MYT

Seberang Perai, 5 Ogos 2018 - Seramai sembilan penunggang motosikal yang terdiri dalam kalangan remaja diberkas dalam operasi Op Samseng Jalanan di Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini awal pagi tadi.

Mereka berusia antara 15 hingga 22 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) dan Ibu PejabatPolis Kontinjen (IPK) negeri dalam operasi seawal pukul 11 malam sehingga 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, hasil risikan pihaknya mendapati kesemua penunggang motosikal terbabit ditahan atas kesalahan merempit secara melulu dan merbahaya di jalan raya.

"Daripada tangkapan ini, kesemua didapati negatif daripada sebarang pengambilan dadah dan mereka kini ditahan di Lokap IPD SPU.

Sumber - K! ONLINE

ArticlePublished 05 Aug 2018 2.15 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM