Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Samseng Jalanan Superman Sanggup Junjung Motor Lintas Pagar Lebuh Raya

Published: 02 Sep 2018 2.05 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Ada yang sanggup junjung motosikal melepasi penghadang besi di tengah lebuh raya bagi mengelak diberkas polis. Malah ada antara mat rempit ini meninggalkan motosikal dan lari bersembunyi di dalam hutan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-samseng-jalanan-superman-sanggup-junjung-motor-lintas-pagar-lebuh-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:26 MYT

Ada yang sanggup junjung motosikal melepasi penghadang besi di tengah lebuh raya bagi mengelak diberkas polis. Malah ada antara mat rempit ini meninggalkan motosikal dan lari bersembunyi di dalam hutan.

Itu antara gelagat berpuluh penunggang motosikal yang diserbu dalam Operasi Samseng Jalanan di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Selatan (LEKAS) di Kajang, Selangor, awal pagi semalam.

Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi semalam, lima lelaki berusia 17 hingga 22 tahun ditahan selepas didapati menunggang motosikal secara melulu dan bahaya dengan melakukan aksi 'Superman' serta 'wheelie' di lebuh raya itu.

Ikuti bacaan lanjut operasi Polis Daerah Kajang ini menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah.

ArticlePublished 02 Sep 2018 2.05 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM