Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Samseng Jalanan 347 Disaman 34 Kenderaan Disita

Published: 04 Oct 2016 2.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis mengeluarkan 347 saman dalam Op Samseng Jalanan di dua lokasi beraslngan di sekitar Kedah sejak Sabtu sehingga semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-samseng-jalanan-347-disaman-34-kenderaan-disita
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:12 MYT

Polis mengeluarkan 347 saman dalam Op Samseng Jalanan di dua lokasi beraslngan di sekitar Kedah sejak Sabtu sehingga semalam.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah, SUPT. Zahari Mohamed berkata, pemeriksaan dilakukan terhadap 163 motosikal, 76 kereta dan 56 kenderaan lain.

Dalam operasi tiga jam bermula 1 pagi pada Sabtu lepas di sekitar Guar Chempedak, polis memeriksa 11 motosikal dan 11 saman dikeluarkan atas kesalahan tidak memiliki lesen, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan tidak mempunyai cermin sisi.

Dalam operasi Ahad lalu di sekitar Kuala Muda bermula pukul 1 hingga 5 pagi pula, polis telah memeriksa 152 buah motosikal, 76 buah kereta dan kenderaan lain sebanyak 56.

Manakala, sebanyak 34 kenderaan juga telah disita dan kebanyakan daripada mereka yang diperiksa berumur antara 13 dan 19 tahun yang tidak memiliki lesen.

Sumber: Kosmo

Op Samseng Jalanan 347 Disaman 34 Kenderaan Disita
ArticlePublished 04 Oct 2016 2.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM