Kuala Lumpur - Polis melancarkan operasi khas bagi mengesan pesalah jalan raya membabitkan motosikal, bermula malam kelmarin, berikutan peningkatan kadar kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal pada Op Selamat, baru-baru ini.
Dinamakan sebagai Op Roda, ia dijalankan serentak di seluruh negara membabitkan semua pasukan trafik kontinjen negeri dan daerah bagi mengesan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan jalan raya, antaranya tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, pengubahsuaian enjin dan ekzos motosikal serta menunggang di bawah pcngaruh alkohol dan dadah.
Operasi turut memberi tumpuan untuk mengesan penggunaan motosikal oleh remaja bawah umur, termasuk murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah.
Sumber: Berita Harian