Artikel
Op Patuh Pkp 3 0 Menteri Dalam Negeri Turun Padang Periksa Kilang Di Selangor
Subang Jaya, 2 Julai 2021 - Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainuddin hari ini mengambil inisiatif 'turun padang' dan memeriksa sendiri beberapa buah k...
#PKP #COVID-19 #OPPATUH #AMALDANPATUH
Subang Jaya, 2 Julai 2021 - Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainuddin hari ini mengambil inisiatif 'turun padang' dan memeriksa sendiri beberapa buah kilang dalam usaha memastikan pihak pengurusan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikuatkuasakan.
Turut hadir mengiringi beliau tadi ialah Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Dato' Mohd Sayuthi Bakar dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Abd Khalid Othman.
Dalam operasi seawal jam 10.00 pagi tadi, sebuah kilang pembuatan keluli telah didapati tidak mematuhi SOP PKP 3.0 ditetapkan dengan sebahagian besar daripada 350 pekerja hadir bekerja terdiri daripada warga asing yang pernah dijangkiti wabak COVID-19.
Op Patuh yang bermula hari ini secara besar-besaran dan bersepadu di seluruh negara diketuai oleh Ketua Polis Daerah serta dibantu oleh beberapa rakan agensi lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan lain-lain lagi.
Ianya menyasarkan kawasan perindustrian termasuk tempat penginapan pekerja yang berisiko tinggi berdasarkan pemetaan yang dibuat oleh pihak kerajaan, sebelum ini.
#KDN_TogetherWeAreOne
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN