Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Palu 2026 Kpn Tinjau Penugasan Warga Pdrm Sempena Sambutan Perayaan Thaipusam

Published: 01 Feb 2026 9.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Gombak, 1 Februari 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini turun padang meninjau penugasan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, di sini pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-palu-2026-kpn-tinjau-penugasan-warga-pdrm-sempena-sambutan-perayaan-thaipusam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:19 MYT
Gombak, 1 Februari 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini turun padang meninjau penugasan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, di sini pagi tadi.

Ketibaan beliau kira-kira jam 11.30 pagi itu telah disambut oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' M. Kumar S. Muthuvelu bersama Ketua Polis (KP) negeri, CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar seterusnya dibawa ke Markas Taktikal (MARTEK) Op Palu 2026.

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohd Nasir selaku Pegawai Pemerintah Op Palu berkaitan kesiapsiagaan PDRM dalam memastikan keselamatan serta kelancaran pergerakan pengunjung sempena sambutan Thaipusam di Batu Caves.

Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid meneruskan lawatannya ke khemah Thaneer Panthal yang berfungsi sebagai salah satu inisiatif khidmat masyarakat PDRM. Beliau turut berkesempatan mengedarkan “goodies bags” kepada orang awam yang hadir melakukan upacara keagamaan di lokasi berkenaan.

Beliau juga berkesempatan melakukan sesi "walkabout" di pekarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy bagi menyantuni para petugas dan beramah mesra bersama pengunjung yang hadir sebelum mengakhiri lawatannya dengan sidang media.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Timbalan KP Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan dan rakan media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Irfan Bujang

May be an image of one or more people, crowd and text that says 'பாலர BALA LACOST UMAR JABATAN JABA NCEGAHAN ENGEGAHAN MCECAN TAN ENAYAH -DAN- DAN

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text that says '中本本品 SHAZELI POLIS บ 회'

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text that says 'SELURUHAN O OP SELURUHANZONOPPALU P PALU S Ma SOKE'

May be an image of text

May be an image of one or more people, crowd and text


ArticlePublished 01 Feb 2026 9.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM