Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Thaneer Panthal 88 Pegawai Dan Anggota Polis Edar 1 000 Goodies Bags Sempena Sambutan Thaipusam

Diterbitkan: 31 Jan 2026 7.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 31 Januari 2026 – Seramai 88 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Hindu di sekitar Lembah Klang terus mengekalkan tradisi Thaneer Panthal melalui program yang diadakan di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, di sini, pagi tadi sempena sambutan perayaan Thaipusam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/thaneer-panthal-88-pegawai-dan-anggota-polis-edar-1-000-goodies-bags-sempena-sambutan-thaipusam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:17 MYT
Kuala Lumpur, 31 Januari 2026 – Seramai 88 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Hindu di sekitar Lembah Klang terus mengekalkan tradisi Thaneer Panthal melalui program yang diadakan di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, di sini, pagi tadi sempena sambutan perayaan Thaipusam.

Program amal tahunan kali ke-34 itu dihadiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' M. Kumar S. Muthuvelu dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis, JSJ, Datin Shanthi P. Santhanam Pillai.

Turut memeriahkan program ialah para pesara polis iaitu CP Dato' Narenasagaran Thangaveloo, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam dan SAC Dato' S. Shanmugamoorthy Chinniah.

Hadir sama, Penolong Pengarah E3 Cawangan Khas Bukit Aman, SAC G. Seetha Davi M. Govindan Nair dan ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Kontinjen Selangor, ACP Somu Subramanian.

Lebih kurang 1,000 "goodies bags" yang mengandungi risalah panduan pencegahan jenayah dan minuman percuma telah diedarkan kepada orang ramai sebagai tanda keprihatinan serta semangat perpaduan.

Ia juga merupakan inisiatif Pasukan dalam memberi pengetahuan bagi melindungi diri dan keluarga, malah mendidik masyarakat tentang kepentingan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam mencegah jenayah.

May be an image of one or more people, Batu Caves and temple

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people, motorcycle and scooter

May be an image of one or more people, crowd and text that says 'அரச மலேசிய காவல் துறை றதண்ணீர்பு



Sementara itu, seramai 1,488 pegawai dan anggota PDRM digerakkan dalam Op Palu bagi melaksanakan penugasan kawalan keselamatan serta pengurusan trafik di sekitar kawasan Batu Caves.

Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan anggota polis yang bertugas, serta bekerjasama dalam memastikan sambutan Thaipusam kali ini berjalan dengan aman, selamat dan lancar.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Syafiq Abu Bakar dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim
ArtikelDiterbitkan 31 Jan 2026 7.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM