Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Noda 25 Gro Vietnam 5 Pekerja Lelaki Rakyat Asing Ditahan Di Seri Manjung

Published: 24 May 2015 8.50 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Lumut, 24 Mei- Seramai 25 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan lima pekerja lelaki warga Myanmar dan China ditahan dalam serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan di Seri Manjung di sini malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-noda-25-gro-vietnam-5-pekerja-lelaki-rakyat-asing-ditahan-di-seri-manjung
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:35 MYT

Lumut, 24 Mei- Seramai 25 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan lima pekerja lelaki warga Myanmar dan China ditahan dalam serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan di Seri Manjung di sini malam tadi.

Turut ditahan 19 pelanggan termasuk lima remaja lelaki tempatan bawah umur serta tiga lelaki warga China dan dua lelaki warga Myanmar yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Operasi pukul 11 malam itu disertai lapan anggota dari pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak diketuai Pegawai Operasi, Insp Nor Shaharah Marzuki serta dibantu tiga anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

Nor Shaharah berkata, kesemua mereka yang berumur lingkungan 16 hingga 36 tahun itu dibawa ke IPD Manjung untuk pemeriksaan lanjut.

“Ujian air kencing mendapati sembilan orang GRO dan empat pelanggan lelaki tempatan positif dadah jenis amphetamine dan ketamine," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pengurus dan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga kaunter di pusat hiburan tersebut turut ditahan selepas siasatan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.- BERNAMA

ArticlePublished 24 May 2015 8.50 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM