Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Landai Rampas Rokok Pelbagai Jenis Bernilai Rm28 480

Published: 27 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Muar merampas pelbagai jenis rokok yang membabitkan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM28,480 dalam Ops Landai di Taman Putera Jalan Salleh, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-landai-rampas-rokok-pelbagai-jenis-bernilai-rm28-480
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:37 MYT

Muar, 27 Okt – Pasukan Polis Marin (PPM) Muar merampas pelbagai jenis rokok yang membabitkan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM28,480 dalam Ops Landai di Taman Putera Jalan Salleh, di sini, pagi tadi. 

Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, hasil maklumat awam, pihak polis telah membuat intipan dan menjumpai sebuah kereta yang disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti penyeludupan rokok di kawasan Sg Balang.

“Dalam serbuan pada jam 1 pagi, suspek bertindak melarikan diri selepas dikejar hingga ke kawasan perumahan di Taman Putera.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang ditinggalkan berjaya menjumpai 10,205 paket pelbagai jenis jenama yang dipercayai untuk pasaran sekitar Muar” katanya lagi

Kesemua rampasan termasuk sebuah kereta di bawa ke jeti PPM Muar untuk disiasat dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.
Op Landai Rampas Rokok Pelbagai Jenis Bernilai Rm28 480

ArticlePublished 27 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM