Pulau Langkawi, 30 September- Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi menahan empat orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar di sebuah restoran di pulau ini, pagi semalam.
Timbalan Komander PPM Wilayah 1, Supt. Dimin Awang berkata, kesemua PATI yang berusia antara 25 hingga 30 tahun itu ditahan ketika sedang berkumpul di kaki lima sebelah Restoran Padang Pasir.
"Hasil pemeriksaan pihak polis mendapati keempat-empat lelaki terbabit didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan telah tinggal lebih lama dari tempoh yang ditetapkan", kata beliau.
Kesemua PATI dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk tujuan dokumentasi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) dan Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/1963.
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Op Landai Marin Tahan Empat Pati
Timbalan Komander PPM Wilayah 1, Supt. Dimin Awang berkata, kesemua PATI yang berusia antara 25 hingga 30 tahun itu ditahan ketika sedang berkumpul di kaki lima sebelah Restoran Padang Pasir.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-landai-marin-tahan-empat-pati
Scan to view the latest live version.