Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Helang 3 16 Polis Tumpas Sindiket Penipuan Online

Published: 03 May 2016 7.52 AM Updated: 15 Aug 2026 7.29 PM
Kuala Lumpur, 3 Mei – Seramai 11 individu telah ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman sekaligus menumpaskan sindiket penipuan atas talian yang telah mengaut keuntungan mencecah Rm1 juta pada 25 April lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-helang-3-16-polis-tumpas-sindiket-penipuan-online
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:54 MYT

Kuala Lumpur, 3 Mei – Seramai 11 individu telah ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman sekaligus menumpaskan sindiket penipuan atas talian yang telah mengaut keuntungan mencecah Rm1 juta pada 25 April lalu.

Dalam Op Helang 3/16 itu, pihak polis telah melancarkan serbuan serentak di Selangor, Pahang, Kuala Lumpur dan Kelantan di mana sindiket yang telah beroperasi sejak September 2015 ini menjadikan syarikat gergasi yang menjalankan produk jualan atas talian sebagai mangsa mereka.

Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Siber & Multimedia JSJK, SAC Mohd Kamarudin Md Din dalam sidang media JSK hari ini berkata, sindiket ini membuat tempahan secara ‘online’ dan menggunakan data kad kredit palsu untuk membuat pembayaran.

“Apabila transaksi ‘gagal’ diterima, mereka akan menggunakan satu perisian yang boleh dimuat turun dari internet secara percuma untuk memintas ‘backhand coding’ yang menunjukkan ‘failed’ kepada ‘successful’.

“Pembekal yang terpedaya seterusnya akan membuat penghantaran tempahan ke alamat-alamat yang ditetapkan oleh suspek,” katanya.

Tambah beliau lagi, suspek juga bertindak licik dengan menggunakan alamat palsu dan nombor telefon yang didaftar dengan kad pengenalan palsu ataupun milik pihak ketiga bagi mengaburi mangsa untuk menghantar barangan tersebut ke satu lokasi mudah yang ditentukan seperti tepi sekolah dan restoran.

Selain itu, suspek turut juga dikesan hadir sendiri ke pejabat kurier selepas menerima panggilan daripada wakil penghantar.

SAC Mohd Kamarudin berkata sindiket ini juga mengiklankan produk yang mereka perolehi di laman web seperti ‘mudah.my’ dengan harga yang amat rendah dan pembeli yang berminat akan diminta alamat serta nombor telefon dan butir-butir pembeli ini akan digunakan suspek semasa membuat tempahan dengan pihak pembekal.

“Polis berjaya merampas pelbagai gajet-gajet elektronik seperti komputer, telefon dan peralatan-peralatan milik anggota sindiket serta bekalan-bekalan barangan yang ditempah melalui sindiket penipuan ini,” katanya lagi.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan umur 17 hingga 42 tahun merupakan warga tempatan dan dua daripadanya adalah wanita kini ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer (bersabit dengan Pengubahsuaian Tanpa Kuasa Kandungan Mana-mana Komputer).


Op Helang 3 16 Polis Tumpas Sindiket Penipuan Online
Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Siber & Multimedia JSJK, SAC Mohd Kamarudin Md Din dalam sidang media beliau...

Op Helang 3 16 Polis Tumpas Sindiket Penipuan Online
SAC Mohd Kamarudin Md Din menunjukkan barang yang dirampas...

Op Helang 3 16 Polis Tumpas Sindiket Penipuan Online
Antara barang yang berjaya dirampas...

Op Helang 3 16 Polis Tumpas Sindiket Penipuan Online
Antara barang yang berjaya dirampas...

Op Helang 3 16 Polis Tumpas Sindiket Penipuan Online
SAC Mohd Kamarudin Md Din menunjukkan cara penipuan tersebut dilakukan kepada media..


ArticlePublished 03 May 2016 7.52 AMUpdated 15 Aug 2026 7.29 PM