Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Harapan Perkasa Tugas Ronda Cegah Jenayah

Published: 01 Jul 2018 9.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Petaling Jaya, 1 Julai 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan Op Harapan bagi mengurangkan kadar jenayah serta merapatkan hubungan polis dengan masyarakat terutamanya di kawasan bandar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-harapan-perkasa-tugas-ronda-cegah-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:06 MYT

Petaling Jaya, 1 Julai 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan Op Harapan bagi mengurangkan kadar jenayah serta merapatkan hubungan polis dengan masyarakat terutamanya di kawasan bandar.

Seramai 1,058 anggota di bawah elemen Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) seperti Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dan Pasukan Polis Marin (PPM) akan melaksanakan operasi yang bermula hari ini.

Operasi selama sebulan ini tertumpu kepada 23 kawasan yang telah ditetapkan di 11 buah negeri antaranya Damansara, Selangor bagi melihat keberkesanan pelaksanaan operasi.

Pengarah KDN/KA Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah dalam kenyataannya menjelaskan, bantuan rondaan jenayah seumpama ini adalah untuk merangka strategi, melaksanakan inisiatif bagi mengurangkan jenayah di kawasan-kawasan bandar sekaligus meningkatkan persepsi positif masyarakat terhadap PDRM.

“Op Harapan ini juga bertujuan bagi mengurangkan persepsi negatif masyarakat terhadap keselamatan mereka dengan meningkatkan kehadiran polis seterusnya mendatangkan rasa selamat,” ujar beliau.

Berucap sempena Majlis Pelancaran Op Harapan Bantuan Penugasan Ronda Cegah Jenayah di Plaza Sterling Mall, Damansara Uptown, dekat sini sebentar tadi, beliau menyatakan konsep penugasan ‘Op Harapan’ ini adalah lebih kepada ‘omnipresence’ atau menunjukkan kehadiran lebih ramai anggota polis di sesuatu kawasan yang telah dikenalpasti.

Sehubungan itu, ia akan dilakukan secara rondaan berjalan kaki, rondaan berkuda, penggunaan helikopter dan dron daripada PGU juga turut akan digunakan sebagai sokongan penugasan.

Turut diadakan pada hari ini adalah lawatan “Meet and Greet” yang diketuai oleh Dato’ Sri Zulkifli sendiri bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan PDRM dan masyarakat selaku mata dan telinga polis untuk membasmi jenayah.

Yang turut hadir, Ketua Polis Selangor, Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, Timbalan Pengarah KDN/KA (Gerakan), Dato’ Azizan Abd. Aziz, warga PDRM dan rakan-rakan media.
36511551_1977008242309473_8588836218538557440_o
Sekitar gimik pelancaran Op Harapan Bantuan Penugasan Ronda Cegah berlangsung.

36510044_1977009938975970_9168110762831380480_o
Dato' Sri Zulkifli beramah mesra semasa lawatan “Meet and Greet” diadakan.

36417394_1977007572309540_3285566693434195968_o
Pengacara majlis.

36461259_1977036498973314_7130667084647759872_o
Bergambar kenangan.

ArticlePublished 01 Jul 2018 9.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM