Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Harapan Kurangkan Kadar Jenayah

Diterbitkan: 28 Jul 2018 7.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 28 Julai 2018 - Inisiatif Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman melancarkan Op Harapan di kawasan tumpuan seluruh negara sejak 1 Julai lalu dilihat mampu mengurangkan kadar jenayah di samping mendapat reaksi positif daripada masyarakat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-harapan-kurangkan-kadar-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:27 MYT

Kuala Lumpur, 28 Julai 2018 - Inisiatif Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman melancarkan Op Harapan di kawasan tumpuan seluruh negara sejak 1 Julai lalu dilihat mampu mengurangkan kadar jenayah di samping mendapat reaksi positif daripada masyarakat.

Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, sejak hari pertama pelancaran sehingga 25 Julai lalu, sebanyak 38,000 individu dan 23,000 kenderaan telah diperiksa ketika rondaan secara berjalan kaki dibuat oleh pegawai dan anggota terlibat.

Daripada jumlah tersebut, kita telah menahan 39 individu atas pelbagai kesalahan selain merampas pelbagai jenis dadah, senjata tajam dan peralatan pecah rumah.

“Dengan pencapaian tersebut, kita percaya berjaya mengurangkan kadar jenayah di kawasan-kawasan tersebut. Apa yang penting masyarakat rasa lebih selamat selepas rondaan Op Harapan ini dimulakan dan akan mempertimbangkan untuk meneruskan operasi ini dengan lebih banyak penambahbaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pertandingan Mara Lasak Jabatan KDNKA di Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih, Kajang dekat sini hari ini.

Sementara itu Zulkifli berkata, pertandingan tersebut disertai pelbagai unit di bawah jabatan termasuk Unit Pergerakan Udara, Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Komando 69 untuk menguji daya ketahanan pasukan.

Tambah beliau, sebanyak 18 pasukan menyertai pertandingan Mara Lasak kali ini.-UTUSAN ONLINE

ArtikelDiterbitkan 28 Jul 2018 7.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM