Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Gerut Penjawat Awam Antara Yang Diberkas

Published: 14 Aug 2014 6.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kejayaan daripada maklumat risikan operasi ini turut menyaksikan tertangkapnya enam lagi anggota sindiket yang diberkas di beberapa lokasi di Selangor dan Melaka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-gerut-penjawat-awam-antara-yang-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:40 MYT

Melaka, 14 Ogos – Seorang penjawat awam antara yang diberkas dalam Op Gerut yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bagi memburu ahli-ahli sindiket dadah yang disyaki merancang untuk mendapatkan bekalan dadah dari Lembah Klang, awal bulan ini.  

Kejayaan daripada maklumat risikan operasi ini turut menyaksikan tertangkapnya enam lagi anggota sindiket yang diberkas di beberapa lokasi di Selangor dan Melaka.

Pihak polis juga turut merampas sejumlah besar wang tunai, lima buah kenderaan pelbagai jenis, sebuah motosikal dan barang-barang kemas milik anggota-anggota sindiket.

Hasil maklumat teknikal yang diperolehi, sindiket pengedaran dadah tempatan ini didapati telah bekerjasama dengan sindiket pengedaran dadah Nigeria dan juga ada membuat perancangan untuk melakukan jenayah.

Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihak polis kini masih giat mencari saki-baki ahli sindiket yang terlibat.

ArticlePublished 14 Aug 2014 6.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM