Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Gelora Lapan Pendatang Asing Tanpa Izin Ditahan

Diterbitkan: 05 May 2015 6.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Muar, 5 Mei - Pasukan Polis Marin (PPM) Muar berjaya menahan sebuah bot yang disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan manusia dalam rondaan di sekitar pantai Kuala Ketapang, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-gelora-lapan-pendatang-asing-tanpa-izin-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:53 MYT

Muar, 5 Mei - Pasukan Polis Marin (PPM) Muar berjaya menahan sebuah bot yang disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan manusia dalam rondaan di sekitar pantai Kuala Ketapang, di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, dalang utama yang juga tekong bot berkenaan telah menyedari kehadiran pihak polis dan telah melarikan diri di dalam kawasan hutan bakau berhampiran serta gagal dikesan akibat waktu malam yang gelap gelita.

"Pemeriksaan di dalam bot yang ditinggalkan menemui seramai lapan orang pendatang asing tanpa izin warganegara Indonesia yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) SOSMA 2012 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Imigresen 1959/63.

Op Gelora Lapan Pendatang Asing Tanpa Izin Ditahan
ArtikelDiterbitkan 05 May 2015 6.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM